Kursus ini adalah kursus Lukisan Pembinaan Berbantu Komputer di dalam Bahasa Malaysia yang lengkap daripada segi teori dan praktikal.
Ia adalah satu kursus yang dibangunkan untuk membantu para arkitek, jurutera awam, jurutera struktur, jurutera mekanikal, jurutera elektrikal, penghias dalaman, perekabentuk perabot, pelajar dan cikgu sekolah teknik dan vokasional, pelajar dan pensyarah di institusi pengajian tinggi serta awam yang mempunyai minat dalam Rekabentuk Berbantu Komputer.
Dalam kursus ini, anda akan didedahkan kepada pengetahuan yang berikut:
1. Apakah maksud Lukisan Pembinaan?
2. Apakah yang didefinisikan sebagai Etika Profesional dalam industri pembinaan?
3. Lukisan apa yang perlu ada didalam Lukisan Arkitek?
4. Lukisan apa yang perlu ada didalam Lukisan Jurutera?
5. Software apakah yang sesuai untuk melukis Lukisan Arkitek dan bagaimana menggunakannya?
6. Software apakah yang selalu digunakan untuk melukis Lukisan Jurutera dan bagaimana menggunakannya?
Didalam kursus ini, anda akan ditunjukkan kaedah menggunakan dua (2) software yang selalu digunakan oleh para arkitek dan jurutera didalam industri pembinaan. Software ini adalah SKETCHUP dan AUTOCAD2022.
Semua peralatan (tools) bagi kedua-dua software ini diterangkan menggunakan contoh projek pembinaan mapan yang bertajuk Net Zero Energy Residence Test Facility (NZERTF).
Anda boleh memuatturun semua video dan bahan pengajaran untuk memudahkan anda mengulangkaji kursus ini semasa lapang.
Semoga anda akan beroleh manfaat hasil daripada menjalani kursus ini!
0
10
TAKE THIS COURSE