Kemahiran Adaptasi dan Daya Tahan Memperkasakan Motivasi

Motivasi Diri Untuk Mencapai Puncak Prestasi Semasa Perubahan Di Tempat Kerja

Ratings 0.00 / 5.00
Kemahiran Adaptasi dan Daya Tahan Memperkasakan Motivasi

What You Will Learn!

  • Mengenali diri sendiri dalam beradaptasi mengikuti perubahan di tempat kerja.
  • Menilai adaptasi diri sendiri dalam peranan dan tanggung jawab serta harapan untuk mencapai kecemerlangan.
  • Mendorong diri sendiri menggunakan teknik adaptasi dan berdaya tahan.
  • Mengguna peluang meringankan pelbagai halangan minda yang menyekat puncak prestasi.
  • Membina keseronokan bekerja dengan tenang kerana berkebolehan mengendalikan emosi.
  • Mengenali pelan tindakan peribadi serta kemajuan diri

Description

Perubahan membantu perniagaan bersaing. Pekerja yang telah bekerja untuk jangka masa yang lama biasanya mendapati pekerjaan atau gaya hidup mereka kurang memuaskan. Ini boleh mengakibatkan prestasi yang tidak memuaskan.


Sepanjang pengalaman saya bekerja selama 20 tahun dan selepas saya menjadi jurulatih untuk 10 tahun kepada syarikat pelbagai saiz,saya juga mengarang buku mengenai kepentingan pembangunan sumber manusia kepada pemimpin yang berjaya. Semua latar belakang saya telah menghasilkan satu kesimpulan berkaitan dengan perubahan.


Pemerhatian saya ialah semasa melalui satu perubahan, setiap orang perlu dedikasi dan penglibatan daya tahan untuk merentasi cabaran baru dengan motivasi diri yang berpanjangan.Perubahan tidak dapat dielakkan, tidak kira sama ada anda seorang individu atau satu perniagaan.


Oleh itu, saya menghasilkan kursus ini untuk sesiapa sahaja yang berminat menempuh perubahan tetapi perlu meningkatkan kemahiran beradaptasi serta lebih mengasah daya tahan dan menguatkan motivasi diri.


Selepas tamat kursus ini, anda seharusnya lebih berkeyakinan untuk beradaptasi dengan daya tahan dalam menguatkan motivasi diri semasa berlaku perubahan. Anda seharusnya boleh menggunakan pelbagai cara yang dibincangkan dalam kursus ini sebagai pelan tindakan peribadi mengharungi rintangan semasa berlaku perubahan.


Ilmu dalam kursus ini boleh membantu semua pekerja melatih diri menghadapi perubahan yang berlaku di tempat kerja mahupun di rumah dan pelbagai situasi sosial yang lain. Selain itu, anda boleh menggunakan teknik dalam kursus untuk memperluaskan pemahaman sendiri dalam membantu orang lain untuk memupuk minda dan kebolehan menyesuaikan diri dan berdaya tahan dalam motivasi melalui perubahan.



Who Should Attend!

  • Ketua, pengurus, pekerja, dan semua orang yang berminat mempelajari kemahiran untuk memperkasakan diri untuk berubah

TAKE THIS COURSE

Tags

  • Change Management
  • Personal Success
  • Personal Development
  • Personal Productivity

Subscribers

0

Lectures

11

TAKE THIS COURSE



Related Courses