Aplikasi Gamifikasi Pendidikan Untuk Pendidik (Android&iOS)

Tanpa Perlu Menulis Walau Sebaris Kod Pengaturcaraan menggunakan Buildbox Classic

Ratings 4.71 / 5.00
Aplikasi Gamifikasi Pendidikan Untuk Pendidik (Android&iOS)

What You Will Learn!

  • Menguasai fungsi-fungsi asas Buildbox
  • Menghasilkan skrin mula aplikasi
  • Menghasilkan kandungan interaktif
  • Menghasilkan latihan melalui kaedah gamifikasi

Description

Pembelajaran yang memberikan fokus kepada para pendidik dan jurulatih untuk membangunkan aplikasi mudah alih pendidikan yang boleh diterbitkan di Play Store dan Appstore.

Saya yakin bahawa para pendidik dan jurulatih di luar sana mempunyai pelbagai modul dan kandungan pembelajaran dalam pelbagai bentuk samada ada bentuk fizikal mahupun bentuk digital seperti pdf, epub dan video.


Saya mahu tunjukkan satu cara yang mudah untuk menurkarkan modul dan kandungan pembelajaran anda ke dalam bentuk aplikasi mudah alih yang boleh dimainkan oleh pengguna di mana sahaja dan bila-bila masa jua.


Dengan menggunakan aplikasi Buildbox Classic, anda boleh menghasilkan aplikasi mudah alih pendidikan tanpa sebarang pengetahuan asas tentang bahasa pengaturcaraan. Anda tidak perlu menjadi seorang coder atau programmer untuk menjadi pembangun aplikasi mudah alih.


Anda hanya perlukan keazaman yang tinggi untuk belajar kaedah mudah menghasilkan aplikasi mudah alih pertama anda!


Pembangunan aplikasi pendidikan ini akan mengintegrasikan beberapa elemen gamifikasi seperti nyawa dan markah. Selain itu, para peserta akan belajar serba sedikit kaedah heutagogi yang diintegrasikan dalam pembangunan aplikasi pendidikan ini.

Selepas tamat kos ini, para peserta boleh menghasilkan aplikasi pendidikan yang sesuai untuk golongan sasaran dengan mudah. Bina tapak apps yang sesuai dengan kandungan pembelajaran sedia ada dan masukkan sahaja pelajaran tersebut dengan mudah.

Mulakan kembara anda sekarang!

Who Should Attend!

  • Guru
  • Jurulatih

TAKE THIS COURSE

Tags

Subscribers

104

Lectures

10

TAKE THIS COURSE